seismik

[RASMI] Ikon Legenda M Nasir Sah Sertai Team RSG Malaysia Untuk Mobile Legends: Bang Bang

Dato’ M Nasir akan bermain di posisi Flex.

Cover image via @rsg.malaysia (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lagenda dan veteran dalam industri seni muzik tanah air, Dato’ M Nasir kini sah menyertai organisasi e-sukan, RSG MY

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran ringkas di akaun Instagram rasmi mereka dan Dato’ M Nasir akan bermain di posisi Flex.

Menurut laporan, Dato’ M. Nasir akan memberikan motivasi kepada barisan pemain pasukan MLBB RSG MY di samping meningkatkan lagi semangat mereka untuk berdaya saing di pentas MPL MY musim kesepuluh.

Selain itu, mereka juga menyatakan Dato’ M Nasir akan ada peranan penting yang lain di dalam organisasi dan akan diumumkan pada Ogos nanti.

Bukan gurauan atau 'prank' yang dibuat-buat, M Nasir ada peranan tersendiri

Sementara itu, menurut laporan, pengarah negara RSG Malaysia, Johnny Tan berkata, ia bukan satu prank walaupun terdapat beberapa pihak yang menyatakan sebegitu selepas pengumuman itu dilakukan.

“Dia menyertai pasukan sebagai salah seorang pemain dan dia juga akan mengambil peranan sebagai mentor kepada pasukan.

Disebabkan umur dan pengalamannya, dia juga akan dapat menasihati pasukan tentang cara untuk menjadi lebih tenang dan kurang ‘kan cheong’ (gugup),” ujarnya.

Difahamkan, perbincangan mengenai perkara itu telah lama diadakan kerana M Nasir sendiri merupakan pemain kasual permainan tersebut dan ingin menceburi bidang e-sports.

Sebelum ini, RSG Malaysia telah memberi maklum balas kepada peminat di Facebook dengan berkongsi foto M Nasir yang tular memakai jersi pasukan RSG semasa latihan untuk konsertnya yang akan datang.

Selamat maju jaya Sifu M Nasir! Majulah e-sports untuk negara :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: