"Lagi Pedas Daripada Extra Hot" - Nando’s Perkenalkan Perisa Vusa XXHot Terbaru!
Boleh didapati di semua rangkaian restoran Nando’s sehingga 4 September 2022.
Nando’s Malaysia melancarkan perisa edisi terhad serba baharu yang paling pedas dan menyengat dalam menunya baru-baru ini
Kawan-kawan sekalian, ucapkan Hello kepada Vusa XXHot yang berada pada tahap tertinggi kepedasan PERi-ometer Nando’s yang anda kenal dan gemari sebelum ini. Ya, ia lagi pedas daripada Extra Hot dan ya, ia membawakan satu pengalaman rasa yang baharu!
Mulai sekarang hingga 4 September 2022, buat mereka yang berani dan ingin mengalami cabaran baharu boleh menikmati perisa Vusa XXHot bersama hidangan Nando’s kegemaran anda.
Sejak tahun 1998, rakyat Malaysia menggemari Nando’s kerana hidangan ayam PERi-PERi yang enak dan menyengat, di samping keselesaan dan suasana penuh warna-warni dan meriangkan diinspirasikan kepelbagai budaya Afrika Selatan yang juga negara asal Nando’s.
Menggunakan resipi tradisional yang memaparkan kombinasi cili padi Afrika, lemon dan bawang putih
Dalam bahasa Zulu, Vusa membawa maksud “keseronokan dan api.” Oleh itu, penggemar-penggemar Nando’s tentunya dapat merasai pengalaman kedua-duanya apabila mencuba menu terbaharu ini.
Vusa XXHot diperbuat menggunakan resipi tradisional yang memaparkan kombinasi cili padi Afrika, lemon dan bawang putih.
Menurut Ketua Pegawai Komersial Nando’s Malaysia, Chai Hui Fung, pelanggan akan dapat merasai kepedasan dan keenakan serta semangat keberanian rakyat Afrika dalam setiap gigitan!
“Kami amat berbangga dan gembira melihat rakyat Malaysia menggemari rasa enak ayam Nando’s. Sama ada ia pilihan Lemon & Herb, Extra Hot atau yang di antaranya, pasti terdapat sajian enak yang boleh dinikmati segenap usia di restoran Nando’s.
"Kali ini, kami berhasrat untuk menaikkan lagi kehebatan rasa menerusi Vusa XXHot yang juga perisa paling pedas dan menyengat.
"Kami tahu bahawa rakyat Malaysia amat menggemari hidangan yang pedas serta enak, oleh itu kami percaya perisa edisi terhad ini akan memberikan kekayaan rasa kepada pelanggan kami.
"Apa yang boleh saya sampaikan, bersedia untuk merasai kehebatan rasa Vusa XXHot ini!,” katanya.
Vusa XX Hot Meal Nando’s kini boleh didapati di semua rangkaian restoran Nando’s sehingga 4 September 2022
Jangan lepaskan peluang untuk menguji tahap kepedasanya! Rasai Vusa XXHot Meal, yang memaparkan ¼ ayam, dua hidangan sampingan dan satu minuman bottomless pada hanya RM27.90.
Sebagai tambahan sajian itu, anda akan juga dapat menikmati Frozen Yogurt Bottomless pada harga RM2.90! (Hanya disediakan di restoran-restoran Nando’s terpilih). Yogurt itu tentunya cara paling enak untuk melegakan kehangatan yang dirasai.
Jika anda tidak berkesempatan untuk menyertai #VusaXXHotDay tetapi masih ingin merakamkan pengalaman menikmati hidangan tersebut, hanya tag @NandosMY di laman Instagram atau Tiktok anda agar semua dapat menyaksikannya juga!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nandos.com.my atau ikuti Nando’s Malaysia di www.facebook.com/NandosMY, https://www.instagram.com/nandosmy/ atau https://www.tiktok.com/@nandosmy.
Haa.. tunggu apa lagi? Cepatlah pergi serbu Nando's sekarang dan rasai sendiri kepedasan Vusa XXHot ini!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!