seismik

[RASMI] "Yang Hangat & Terbaik" - Johan Sah Sertai Hot FM Bersama Fara Fauzana Dan AG

Fizi Ali pula bakal bergandingan bersama Fad dalam Hot FM Sembang Squad.

Cover image via Hot FM (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula 2 Ogos ini, Hot FM akan tampil dengan pembaharuan sekali lagi dengan penjenamaan semula tagline stesen dan kehadiran dua tonggak terbaru Hot FM

Kehadiran Johan dan Fizi Ali yang pastinya akan memberikan satu kelainan pada barisan penyampai dan stesen Hot FM itu sendiri untuk tampil lebih hangat dan terbaik.

Johan, 38, atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz bakal bergandingan dengan Fara Fauzana dan AG bagi segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

Selain itu, pembaharuan turut dibuat membabitkan 'tagline' Kini Lebih Muzik Yang Hangat ditukar kepada Yang Hangat dan Terbaik.

Menurut Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, pembaharuan dari segi barisan penyampai dan 'tagline' akan memberikan satu kelainan selain tampil lebih hangat dan terbaik.

"Dengan nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat pastinya akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama pengisian dan kandungan segmen yang lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar.

"Perubahan 'tagline' ini dibuat adalah kerana elemen identiti jenama ini mampu memberikan gambaran yang menarik dan terbaik dari semasa ke semasa. Komponen daripada 'tagline' ini berupaya memberikan lebih banyak info mengenai pengisian dan kandungan yang dibuat oleh Hot FM," katanya.

Tambahnya lagi, pertukaran 'tagline' itu juga antara strategi untuk memastikan pendengar sentiasa lebih dekat dan ia bersesuaian dengan pengisian yang memfokuskan kepada setiap kandungan, barisan penyampai, muzik serta aktiviti lapangan yang diadakan Hot FM.

Hot FM Sembang Squad akan dikendalikan oleh gandingan terbaru Fad dan Fizi Ali

Selain Johan, bekas penyampai radio Suria FM, Fizi Ali antara wajah baharu stesen radio ini yang mana dia bergandingan dengan Fad menerusi segmen Hot FM Sembang Squad, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 petang hingga 7 malam.

Duo terbaru yang lebih macho dan mantap, segmen petang tampil dengan pengisian yang lebih fresh dengan cerita-cerita hangat masa kini dan akan menjadi geng drama pendengar untuk bercerita tentang drama-drama yang ditayangkan di TV3.

Segmen Hot FM Non Stop Empat Lima bersama Ayu yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 3 petang akan memfokuskan kepada 45 minit lagu bebas iklan, music special dan ulangan segmen pagi.

Segmen malam iaitu Hot Flix masih dikendalikan oleh Imran Aqil yang memfokuskan pendengar generasi muda, hiburan, interaksi bersama selebriti dan pendengar yang aktif dalam media sosial, ‘gamers’ serta ‘influencers’. Hot Flix bersama Imran Aqil akan ke udara bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Selain itu juga, Hot FM akan mengadakan jelajah di Semenanjung Malaysia bagi mendekati dan meraikan pendengar setia Hot FM yang pastikan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan hebat artis tanah air. Info lanjut mengenai jelajah ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang; 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV.

Tonton video penuh Johan first time datang ke konti radio Hot FM di Sri Pentas di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: