seismik

"Janji Cerah" - Aksi Lelaki Basuh Helmet Dekat Stesen Pam Minyak Ini Jadi Perhatian

Helmet dia kotor kot masa tu.

Cover image via @wanutamaofficial (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perjalanan jauh seperti balik kampung, outstation dan sebagainya pasti memenatkan

Bukan hanya itu, kita juga perlu memeriksa kenderaan kita sama ada ia berada dalam keadaan baik atau tidak. Ia adalah sebagai langkah keselamatan.

Tidak kiralah kereta ataupun motosikal. Malah, bagi penunggang motosikal, helmet adalah sangat penting.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila aksi seorang lelaki yang sempat membasuh helmet yang dipakainya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@wanutamaofficial Kejadian di stesyen minyak..kredit: Tele Channel #fypdongggggggg #fyp Purpose - Official Sound Studio

Sempat basuh cermin helmet dekat pam minyak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang berada di sebuah pam stesen minyak.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dilihat membasuh helmetnya itu dengan sabun.

Dia dilihat bersungguh-sungguh membasuhnya tanpa menghiraukan orang sekeliling.

"Peduli apa dengan orang. Janji cermin helmet aku cerah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa terhibur melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 150.3K views, 2,984 likes dan 202 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Dia punya tonyoh tu kuat betul bang :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik