seismik

[VIDEO] "Siapalah Yang Edit" - Netizen Terhibur Lihat Suntingan Untuk Penerjun Ini

Aduhai, lawak weh!

Cover image via @adiemolpi7 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, sekarang sedang berlangsungnya Sukan Komanwel di Birmingham, England

Sudah tentu, harapan kita adalah untuk melihat kesemua atlet Malaysia berjaya dalam sukan yang dipertandingkan masing-masing.

Namun, lain pula dengan video ini apabila suntingan dua orang penerjun dari China telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

Suntingan video terjun masuk dalam 'cup'

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang penerjun dari negara China sedang melakukan aksi berkumpulan. Difahamkan, ia seperti dimuat naik semula di laman TikTok dan menjadi tular.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja mereka berdua membuat terjunan, ia terus memasuki cawan dan bukanlah kolam renang.

Video itu ternyata mengundang tawa ramai kerana tidak menyangka ia akan menjadi begitu.

"Alahai hahahaha, jadi biskut celup ya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat suntingan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 297.1K views, 19.5K likes dan 557 comments di TikTok:

Plot twist betul video dia, terus masuk tempat lain :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik