seismik

[VIDEO] Susah Nak Turunkan Hand Brake Kereta, Gadis Ini Buat Ramai Boleh Relate

Dua tangan tu win.

Cover image via @ery_halim (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Belajar memandu merupakan satu kenangan pahit dan manis buat sesetengah orang

Ada yang lulus dan ada juga yang gagal. Namun, semua itu bukanlah penghalang untuk terus berjaya betul tak? Walaupun pada awalnya gagal, tetapi ia pasti akan membuahkan hasil nanti.

Sudah tentu untuk cikgu kelas memandu, mereka pasti akan melihat pelbagai ragam pelajar.

Sama seperti video ini apabila seorang gadis gigih menurunkan hand brake kereta semasa kelas memandu telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@ery_halim Majoriti pelajar memang macam ni kann ? Baikk mengaku cepattttt #akademimemandunasrom Never Say Goodbye (feat. Kidstep) - Eungaeun

Gigih nak tarik hand brake sebab ketat

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang guru sedang mengajar pelajarnya untuk memandu di sebuah institut.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah gadis itu dilihat dengan gigihnya cuba untuk mengangkat hand brake tersebut.

Dia kemudian diminta untuk mencuba mengangkatnya sekali lagi sehinggalah berjaya menurunkannya.

"Bukan salah perempuan tu, salah hand brake tu kenapa complicated sangat" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut dapat relate situasi itu, lebih-lebih lagi bagi perempuan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 393.4K views, 23.5K likes dan 433 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Mesti ramai perempuan pernah lalui macam ni juga kan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: