"Macam Tengok Drama" - Tak Sempat Naik MRT, Member Pasrah Terpisah Dengan Rakan
Jumpa next station!
Menaiki kenderaan awam sememangnya lebih memudahkan dan menjimatkan masa berbanding memandu sendiri
Contohnya seperti menaiki MRT, kerana ia mempunyai laluan sendiri dan lebih cepat untuk anda sampai ke destinasi.
Tetapi, lain pula dengan gelagat wanita ini apabila video menunjukkan dia terpisah dengan rakannya ketika mahu menaiki MRT telah mendapat reaksi ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru nak rekod naik MRT, pintu pula tertutup
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang wanita sedang berjalan untuk menaiki MRT bersama di sebuah stesen perhentian.
Namun, tidak lama kemudian pintu MRT itu tertutup menyebabkan salah seorangnya tidak dapat menaikinya dan membuatkan mereka terpisah.
Situasi itu membuatkan mereka berdua tergelak dan kemudian berjanji untuk berjumpa di stesen berikutnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Pernah kena tinggal sebab pintu laju sangat tutup" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 829.5K views, 57.8K likes dan 280 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!