seismik

[VIDEO] "Member Ke-5" - Aksi Pemuda Ini Hafal Tarian Lagu Buat Kumpulan Dolla Terpukau

Tu dia bang!

Cover image via @nazrinibrahims (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sering kita lihat sekarang ramai yang memasuki dalam industri hiburan tanah air

Tentu sekali ini adalah persaingan yang sihat buat industri hiburan kita. Tambahan lagi dengan generasi muda yang mempunyai kemahiran dan bakat yang luar biasa.

Malah, ada juga yang meminati mereka sampai semua lagu dan tarian pun dihafalnya. Iyalah, kalau benda best mestilah kita sukakan.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang pemuda menunjukkan kehebatan tariannya bersama kumpulan Dolla telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hafal semua step tarian lagu Dolla

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungya jelajah kumpulan Dolla di pusat beli-belah Angsana, Johor Bharu. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang pemuda dilihat dengan cekapnya menari dan mengikut semua langkah koreografi lagu Dolla tersebut.

Situasi itu membuatkan ahli kumpulan Dolla terpukau melihatnya dan mendapat tepukan daripada pengunjung di situ.

"Lantak orang cakap apa, peluang datang sekali je" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat pemuda itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 75.9K views, 5,498 likes dan 204 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hebat dia berjoget, boleh lah join kumpula Dolla tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik