x

seismik

"1 Malaysia Nampak" - Tak Sedar Dirakam, Wanita Ambil Gambar Pemain JDT Ini Curi Tumpuan

Famous dah akak tu.

Cover image via @asyrafnasir3 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suasana di stadium bola sememangnya lebih meriah berbanding kita tengok di TV saja

Iyalah, di stadium bola kita dapat merasai sendiri kemeriahan penyokong-penyokong team kegemaran mereka.

Namun, lain pula dengan video ini yang memaparkan seorang wanita dirakam kamera TV semasa mengambil gambar salah seorang pemain bola JDT telah mencuri tumpuan.

Lihat video itu di bawah:

@asyrafnasir3 habislah satu malaysia nampak #jdt #arifaiman #facup #penang - - ›‹

Sibuk ambil gambar pemain bola sampai tak sedar dirakam

Menerusi video tersebut, kelihatan kamera menunjukkan seorang pemain JDT iaitu Arif Aiman sedang meminum air.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah aksi seorang wanita yang duduk dibelakang kerana mengambil gambar pemain itu. Malah, reaksinya itu terakam oleh kamera tanpa diketahuinya.

"Hahaha akak ni boleh jadi paparazi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat reaksi wanita itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.4M views, 426.5K likes dan 9,980 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Renungan dia tu tajam betul tengok Arif Aiman :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik