seismik

Si Ayah Baru Nak Buat Video Unboxing Kasut Baru, Anak Pula Sempat 'Perli' Baik Punya

Pandai ya dik.

Cover image via @fffz750 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas membeli barangan baru, kita mesti ada rasa sayang untuk dibuka dan memakainya bukan?

Kadangkala ada yang sampai tunggu beberapa hari sebelum memakai barang baru itu. Sebab takut pula cepat kotor atau sebagainya.

Sama seperti video ini apabila seorang ayah yang sedang membuka kotak kasut barunya tiba-tiba diperli si anak telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Baru nak tunjuk kasut baru, anak pula sempat 'perli'

Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga itu sedang berada di dalam rumah mereka. Si ayah kemudian merakam sambil membuka kotak kasut yang baru dibelinya.

Sedang si ayah sibuk merakam dan menunjukkan design kasutnya itu, anaknya pula tiba-tiba berkata "Fuh, kayanya".

Situasi itu membuatkan si ayah dan si ibu tergelak mendengar ayat anak mereka itu.

"Kan dia mendoakan bapa dia kaya tu. Cakap tu satu doa bang. Amin kan je ramai-ramai" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar ayat anaknya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 183.6K views, 14.9K likes dan 160 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Terus tak jadi ayah nak unboxing dik :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: