seismik

[VIDEO] Dah Lama 'Aim' Patung Dalam Claw Machine, Budak Ini Sampai Masuk Dalam Nak Ambil

Muat pula dia tu ya.

Cover image via @cekkeyrafattahfarris (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanak-kanak sememangnya banyak gelagat dan telatah mereka yang kita boleh lihat

Tak dinafikan, jika anda bergelar ibu bapa pasti anda akan rasa pening kepala melihat telatah mereka ini bukan?

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang budak lelaki menangkap sendiri anak patung dalam claw machine telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Anak alami masalah autism, tak sempat nak kejar terus masuk dalam

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi perangai anak lelakinya yang mengalami masalah autism.

Difahamkan, dia dan suami sedang berada di sebuah pusat beli-belah sebelum budak itu dengan pantas tiba-tiba berlari ke arah claw machine tersebut.

Apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah budak itu dilihat sudah pun berada di dalam kerana mahu mengambil salah satu patung di dalamnya itu.

Situasi itu membuatkan si ibu dan si ayah cepat-cepat meminta tolong pengurusan pusat beli-belah berkenaan dan selepas beberapa minit owner claw machine itu datang untuk membukanya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@cekkeyrafattahfarris Membalas kepada @mamameera91 nasib amoi ni kawan sy.. dn pkcik dia pegg kunci mesin… xlama pon ank sy duk dlm tu 20minit je.. dlm tu ada keluar msok udara.. #fpy_tiktok #fypdongggggggg #berandatiktok #anakautisme #fyp #anak bunyi asal - cekkzieyraFattahFarris

"Dia masuk dalam tu, pakai pintu Doraemon ke macam mana ni?" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak tersebut dan ramai yang mempersoalkan bagaimana dia boleh masuk ke dalam mesin.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 547.4K views, 14.5K likes dan 630 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Macam-macam hal ya dik, asalkan awak selamat :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: