seismik

"Blur Member" - Anak Prank Suruh Mak Jawab Video Call Dengan Orang Ini Undang Tawa

Aduhai, mak cik ni lawaklah!

Cover image via @puteribongsu26_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang kita boleh lihat filter yang ada di dalam media sosial

Sampai kadangkala keliru dibuatnya sama ada ia adalah benda betul ataupun tidak bukan? 

Sama seperti video di TikTok ini apabila si anak melakukan prank kepada ibunya telah mengudang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

Mak pun melayan jawab video call sebab ingatkan betul-betul

Menerusi video tersebut, kelihatan si anak sedang berada di dalam rumah bersama dengan ibunya.

Namun, dia kemudian bermain filter yang memaparkan kita sedang bervideo call bersama seorang lelaki. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia selepas itu pergi kepada ibunya dan memberitahu ada orang ingin bercakap.

Tetapi, reaksi si ibu pula seperti blur dan bertanyakan berulang kali siapa dia. Situasi itu membuatkan si anak tergelak melihat reaksi ibunya itu.

"Aku dah lama tak gelak besar. Tengok video ni sakit perut aku" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat reaksi ibunya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 490K views, 31.8K likes dan 957 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pecah perut tengok reaksi mak dia tu! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: