seismik

Disuruh Pakai Baju Dibeli, Suami Tak Tahu Rupanya Kena 'Prank' Dengan Isteri Masing-Masing

Tekejut semua tengok baju sama.

Cover image via @hannatajul (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bercuti bersama ahli keluarga sememangnya perkara yang menyeronokkan

Tambahan lagi, jika ahli keluarga ramai. Memang meriah dibuatnya, macam-macam kerenah ada.

Namun, lain pula dengan video ini yang memaparkan geng isteri prank suami masing-masing untuk memakai baju yang sama telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pakat beli senyap-senyap sebab nak 'kenakan' suami

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi suasana di kedai makan bersama ahli keluarganya.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila pihak lelaki tidak tahu yang mereka sudah 'terkena' dengan isteri masing-masing yang menyuruh mereka memakai baju yang dibeli.

Rupa-rupanya, pihak suami mendapati baju mereka semua sama setibanya di kedai tersebut. Situasi itu membuatkan mereka semua tergelak dan tersenyum melihat sesama sendiri.

"Orang ingat kumpulan nasyid mana la" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 937.3K views, 97.9K likes dan 969 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Suami pun terkejut tiba-tiba ramai pula kembar :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: