seismik

[VIDEO] Gigih Menyorok Belakang, Lelaki Malu Terjumpa Orang Pakai Baju Sama Dalam Flight

Sanggup menyorok tu.

Cover image via @bapaklaura (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernah tak anda berdepan dengan situasi di mana anda terjumpa dengan orang yang memakai baju sama dengan anda?

Pasti ada sedikit rasa segan dan malu bukan bila bertembung dengan mereka. Tambahan lagi kalau keluar dengan kawan-kawan, mesti akan diejek buy 1 free 1.


Sama seperti situasi ini apabila video seorang lelaki merasa malu apabila terjumpa dengan orang yang memakai baju sama dengannya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menyorok belakang rakan sebab malu jumpa orang pakai baju sama

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama rakan-rakannya sedang berada di salah sebuah kapal terbang.

Namun, sebaik saja sampai dan dia mahu turun, dia ternampak seorang lagi yang memakai baju bercorak sama dengannya.

Situasi itu membuatkan dia merasa malu dan terus menyorok dibelakang badan rakannya supaya tidak terserempak.

"Hahaha nasib pakai face mask bang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 33.8K views, 2,967 likes dan 321 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti korang pun pernah berdepan situasi macam ni kan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: