[VIDEO] Gadis Ini Malu Teruk Lepas Pakai Design Batik Sama Dengan Kekasih Orang Lain
Boleh pula tersama dengan boyfriend orang.
Pasti anda pernah terserempak dengan orang yang pakai baju sama dengan anda bukan?
Tentunya insiden itu adalah satu perkara yang amat memalukan namun ianya juga agak lucu. Sesiapa saja yang menghadapi situasi seperti berkenaan pasti ingin menjauhkan diri daripada individu tersebut.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis berdepan dengan situasi yang memalukan selepas terserempak dengan seorang lelaki yang memakai design batik sama sepertinya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tahan malu lepas ternampak design batik sama, tapi kekasih orang pula
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan bersama rakan-rakannya.
Gadis itu kemudiannya ditegur oleh rakan-rakannya kerana ternampak corak baju seorang lelaki yang sama seperti kain sarungnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah ketika kejadian itu berlaku, girlfriend lelaki berkenaan berada di sebelah dan menyedari kejadian tersebut malah sempat menjeling seketika ke arahnya.
"Mungkin ini yang dinamakan jodoh yang tertukar" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat video rakaman berkenaan.
Malah, ada yang menganggap mereka mungkin adalah jodoh yang tertukar oleh kerana persamaan design baju dan kain tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 113.8K likes, 1703 comments dan 659 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: