"Ingatkan Nak Bermanja Dari Jauh" - Aksi Isteri Rembat Kad Bank Suami Ini Bikin Dekah
Bertabahlah bang.
Pasti anda sering melihat gelagat pasangan suami isteri yang bermacam ragam di media sosial bukan?
Ada kalanya menghiburkan dan ada juga yang berkongsi kisah sweet mereka di pelbagai aplikasi popular.
Namun lain pula video yang tular di TikTok ini apabila gelagat spontan si isteri yang dirakam oleh suaminya menghiburkan semua orang.
Pelik isteri buat aksi sweet dari jauh, rupa-rupanya ada maksud lain
Menerusi video tersebut, kelihatan si suami sedang merakam isterinya yang ketika itu berada dalam sebuah bank.
Pada mulanya lelaki itu ingat isterinya mahu bermanja-manja dengannya dari jauh dengan menunjukkan mini love ke arahnya.
Tetapi, tidak lama selepas itu dia mula berasa pelik selepas ternampak sesuatu yang dipegang oleh isterinya dan rupa-rupanya ia adalah kad bank miliknya.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Tak apa bang, duit suami duit isteri juga bang" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi spontan pasangan berkenaan.
Malah, ada yang menganggap si suami tidak perlu risau kerana duit suami itu adalah sebahagian daripada hak isteri juga.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 23.6K likes, 668 comments dan 884 shares.
Berikut adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: