seismik

[VIDEO] Geng Isteri Prank Kenakan Suami, Suruh Semua Pakai Baju Sama Masa Berjumpa. Lucu!

Korang dah terkena!

Cover image via @BenzZahid (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bercuti bersama ahli keluarga sememangnya dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim

Malah, kita juga boleh berkenalan dengan ahli keluarga yang baru jika ada. Bukan itu saja, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila sekumpulan isteri berpakat mahu mengenakan suami masing-masing telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut tengok semua pakai baju yang sama

Menerusi video daripada @BenzZahid itu, kelihatan seorang lelaki berkongsi dia dikenakan oleh isterinya untuk memakai baju yang sama dengan ahli keluarga yang lain.

Difahamkan, mereka akan bergerak ke Langkawi bersama beberapa ahli keluarga yang lain. Tetapi, apa yang suami masing-masing tidak tahu adalah mereka sebenarnya telah dikenakan oleh isteri sendiri yang memaksa mereka untuk memakai baju warna putih dengan corak yang sama.

Setibanya mereka ditempat berkumpul, masing-masing kelihatan ketawa sesama sendiri melihat baju mereka yang sama itu.

"Kalau tak pakai standby lah menghadap isteri tarik muka" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 102.6K views, 2,378 retweets dan 5,339 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Terkejut semua tengok baju sama ya. Pandai betul isteri plan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: