seismik

[VIDEO] Minta Netizen Letakkan Rambut Untuk Suami, Lihat Hasil Suntingannya Ini. Terhibur!

Netizen tak pernah mengecewakan!

Cover image via @nazreenrashidd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah mendengar group popular di Facebook Edit Apa Hari Ini betul tak?

Group ini akan menyunting apa-apa saja atas permintaan ahli group itu sendiri. Jika anda masuk di dalamnya, pelbagai jenis suntingan yang telah dihasilkan dan rata-ratanya semua melucukan.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang isteri meminta agar group tersebut menyunting gambar suaminya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja teringin nak tengok suami ada rambut

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita meminta ahli group tersebut untuk menyunting gambar suaminya dengan meletakkan rambut.

Menurutnya, sejak 21 tahun berkahwin, dia tidak pernah melihat suaminya itu mempunyai rambut. Jadi, ia membuatkan dia teringin mahu melihatnya.

Namun, hasil suntingannya pula menghiburkan hati ramai dengan pelbagai jenis style rambut buat suaminya itu.

"Aku tak bolehlah yang Upin tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat hasil suntingan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 90.7K likes dan 2,535 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sekali sampai dekat netizen macam-macam style dia bagi! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: