x

seismik

"Takut" - Bagi Tahu Nama Nak Ditulis Pada Cawan, Tapi Lain Pula Pekerja Starbucks Letak

Alamak, jauh tu beza dia.

Cover image via @jay.emmir (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti rata-rata anda di sini pernah mengunjungi dan membeli kedai minuman air popular Starbucks bukan?

Walaupun harganya jauh lebih mahal berbanding kedai minuman biasa yang lain, tetapi masih ramai yang menyukainya.

Sudah menjadi perkara wajib jika anda membeli minuman di situ, pekerja akan menanyakan nama anda untuk diletakkan pada cawan minuman anda.

Tetapi, lain pula dengan video yang berlaku kepada lelaki ini apabila pekerja Starbucks meletakkan nama yang tidak sepatutnya pada cawannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Beri tahu nama lain, tapi nama lain pula yang ditulis

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi kisahnya ketika dia mengunjungi salah sebuah cawangan Starbucks.

Pada awalnya, pekerja itu meminta nama apa yang ingin dituliskan pada cawannya dan dia menjawab "Jay".

Tetapi, apa yang membuatkan dia terkejut adalah sebaik saja minumannya itu siap, dia melihat nama lain yang ditulis pada cawannya iaitu "Gay". Kejadian itu membuatkan dia agak kecewa dan juga terkejut kerana melihatnya.

"Hm, mungkin akak tu stress" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 182.4K views, 27.4K likes dan 585 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Risau pula tengok nama dia ya. Akak tu tak dengar kot, tu yang lain jadi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik