seismik

[VIDEO] Tak Berkelip Tengok Drama, Wajah Kacak Hun Haqeem Buat Gadis Korea Ini Jatuh Cinta

Fokus betul tu dia.

Cover image via @blimey.wow (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, ramai penggiat seni tanah air kita yang semakin popular dan menempa nama di luar negara

Tidak kisahlah dari segi lakonan mahupun nyanyian, semuanya mempunyai bakat sendiri yang boleh dilihat. Jadi, tidak kisahlah jika ada peminat dari luar negara yang meminati artis tempatan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis tidak berkelip mata melihat drama yang dilakonkan oleh Hun Haqeem telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap ambil gambar, puji wajah kacak Hun Haqeem

Menerusi video tersebut, kelihatan tiga orang sekawan sedang berada di bilik hotel mereka sambil menonton sebuah drama di televisyen.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah salah seorang daripada mereka dilihat begitu serius menonton drama tersebut kerana tertarik dengan wajah kacak pelakon Hun Haqeem.

Situasi itu membuatkan dia begitu khusyuk menontonnya dan memuji Hun Haqeem. Malah, dia juga turut menjelaskan suara selebriti tersebut ‘handsome’ buatnya.

"Kita minat orang dia, dia minat orang kita" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan pendapat selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 832.7K views, 112.9K likes dan 1,215 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan orang Korea je cair, kita pun cair kadang-kadang tengok dia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: