Gadis Aju Soalan Apa Hukum Jika Seorang Muslim Mati Digigit Zombie, Ini Respon Dr Zulkifli
Dia punya soalan mind blown betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Banyak cerita dan filem seram yang kita boleh lihat hari ini dari pelbagai negara
Antara yang sering menjadi pilihan adalah cerita mengenai zombie yang ternyata mendapat tontonan ramai.
Malah, ada juga yang tidak boleh bayangkan jika ia sendiri berlaku kepada mereka dengan pelbagai pandangan.
Namun, tular baru-baru ini sebuah posting di Twitter seorang gadis yang mengajukan soalan apakah hukum jika seseorang Muslim mati digigit zombie telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Serius tanya soalan, nak dapatkan jawapan sebenar
Menerusi posting tersebut, kelihatan akaun milik @awnsmrdn mengajukan soalan di Twitternya kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Dia bertanyakan apa akan jadi jika seseorang Muslim mati digigit zombie. Adakah ia dikira sebagai mati syahid atau tidak.
Pertanyaan itu ternyata mendapat respon daripada Dr Zulkifli sendiri yang kemudian membalasnya di Twitter miliknya.
Lihat posting itu di bawah:
"Soalan out of the box imagination, make sense juga sebenarnya tapi pada masa yang sama aneh juga" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 11.1K retweets, 499 quotes tweets dan 20.2K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter: