[VIDEO] "Comel Je" - Pemuda Ini Ajar Nenek Minum Starbucks, Reaksinya Pula Curi Perhatian
Sedap tak nek?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap orang pasti ada kedai minuman atau makanan kegemaran apabila berada di shopping mall bukan?
Sekali sekala kalau mengidam apa salahnya kan, boleh dikatakan 'cheat day' lah masa itu. Harganya pula bergantung kepada jenis makanan yang anda pesan kerana ada mahal dan murah.
Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila reaksi seorang nenek selepas meminum air Starbucks telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bagi nenek rasa pertama kali minum air Starbucks
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang berada di dalam kereta bersama neneknya.
Pemuda itu dilihat memegang air minuman Starbucks yang baru dibelinya konon sebagai hadiah untuk diberi kepada si nenek kerana telah lengkap dua dos vaksin.
Dia kemudian menyuruh neneknya untuk merasa minuman tersebut. Apa yang lebih menarik perhatian adalah reaksi neneknya selepas meminum kerana manis.
"Nenek sharelah dengan saya sikit sedap tu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan neneknya itu. Malah, ramai yang mendoakan kesihatannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 392.5K views, 54.4K likes dan 2,099 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: