seismik

Support 'Spiderman' Jual Air Tepi Jalan, Suami Siap Turun Kereta Beli & Join Joget Sekali

Sporting habis bro ni!

Cover image via @puteridaisyy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai yang hilang sumber pendapatan mereka

Iyalah, mana tidaknya bukan semua sektor boleh dibuka sepenuhnya dan kita masih perlu berjaga-jaga dengan wabak berbahaya ini. Disebabkan itu, ramai yang mengambil jalan baru dengan melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara hidup.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki sanggup berhenti tepi jalan demi memberi sokongan kepada peniaga ini telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sanggup turun kereta untuk support sambil membeli

Menerusi video tersebut, kelihatan sepasang suami isteri sedang berada di tepi jalan kerana mahu membeli minuman yang dijual oleh peniaga di situ.

Peniaga tersebut mengenakan pakaian kostum Spiderman sambil berjoget di tepi jalan demi menarik perhatian orang ramai. 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah suami wanita berkenaan dilihat dengan sportingnya turut bersama menari bersama mereka dan sebelum membeli minuman tersebut.

"Terhibur aku tengok laki dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, ramai yang suka melihat perangainya yang 'gila-gila' bersama peniaga itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 716.1K views, 73.5K likes dan 1,781 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Seronok pula tengok dia berjoget tu, macam nak join sekali je! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik