x

seismik

"Rare Ni Reverse Ada Lagu" - Sensor Bunyi Lagu Doraemon, Kereta Wanita Ini Curi Perhatian

Memang rare!

Cover image via @noorfaizatul2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, setiap kereta model baru akan mengeluarkan bunyi kereta jika kita sedang berada di gear reverse

Bunyi tersebut adalah untuk memberi amaran kepada kita yang kereta sudah terlalu dekat dengan objek yang berdekatan. Tetapi, pernah tak anda mendengar bunyi sensor reverse selain daripada itu?

Tular sebuah video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi bunyi sensor reverse keretanya yang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi keluar lagu Doraemon masa reverse kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang melakukan reverse untuk memasuki ke dalam kawasan parking dalam rumahnya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah ketika dia melakukan reverse, kedengaran bunyi lagu kartun popular iaitu Doraemon keluar dari kereta tersebut.

Rupa-rupanya itu adalah bunyi sensor reverse keretanya yang telah diubahsuai menjadi kepada sebuah lagu. Menurutnya, bunyi lagu itu telah ditempah khas dari Jepun.

"Jiran-jiran pun boleh tahu jiran sebelah dah balik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum mereka melihatnya. Malah, ada juga yang mengusik bunyi kereta itu apabila didengari oleh jirannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 101.2K views, 5,343 likes dan 673 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je bunyi lagi reverse dia ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik