seismik

Lelaki Ini Dah Masukkan Tiket Keluar, Sekali Kereta Depan Pergi Gostan Sampai Palang Buka

Alamak, kesian brother tu.

Cover image via @garudajunam (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita memasuki parking mall atau tempat-tempat yang memerlukan tiket kenderaan masuk, kebiasaannya ia mempunyai had selepas waktu pembayaran

Seperti yang sering diketahui adalah kita perlulah keluar daripada tempat parking kereta tersebut selepas 15 minit pembayaran telah dibuat untuk menggelakkan tiket itu luput masanya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki naik pening kerana dia tersangkut di dalam tempat parking disebabkan sebuah kereta mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah masukkan tiket untuk keluar, tapi kereta depan pula pergi gostan hingga sensor palang terbuka

Menerusi video tersebut, difahamkan seorang lelaki semasa itu mahu keluar daripada tempat parking kereta di salah sebuah mall.

Namun, selepas dia memasukkan tiket tersebut secara tiba-tiba, kereta di depannya dilihat mengundur dan menyebabkan sensor palang itu terbuka.

Sebaik saja kereta itu kedepan semula palang itu dilihat tertutup menyebabkan dia merasa pening kerana tersangkut di dalam walaupun tiket sudah dimasukkan.

"Kalau kena kes macam ni terus tekan button interkom dekat machine" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai kejadian tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 265.1K views, 10.5K likes dan 395 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kesian abang tu tak pasal-pasal tersangkut dekat dalam :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: