[VIDEO] "Alhamdulillah Masih Tiada Gangguan" - Pemuda Ini Kongsi Suasana Rumah Dekat Kubur
Lama dah usia kubur tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pernah tak anda nampak rumah yang berada di dalam kawasan perkuburan?
Pasti ada yang tidak pernah tengok bukan? Sebab perkara itu jarang sekali dilihat melainkan anda pernah pergi ke rumah yang berada dalam kawasan tersebut.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda berkongsi kawasan rumahnya yang berada di dalam kawasan perkuburan mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi usia kubur telah wujud lama sejak zaman moyang lagi
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda pada mulanya berkongsi suasana rumahnya yang berada di dalam kawasan kubur.
Dia kemudian menjelaskan mengapa rumah mereka berada di situ dan memberitahu usia kubur-kubur tersebut.
Menurutnya, keluarganya sendiri tidak tahu siapa waris kepada kubur tersebut. Dia menjelaskan itu adalah satu-satunya tanah milik keluarganya. Malah, dia menunjukkan kubur-kubur tersebut juga memasuki kawasan jirannya.
Difahamkan dia baru saja berpindah di kawasan tersebut dan buat masa sekarang menjelaskan dia tidak menerima apa-apa gangguan.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Bangun tidur nampak masa depan" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenai perkongsian tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 482.6K views, 36.5K likes dan 734 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok: