x

seismik

[VIDEO] Lena Sangat Tidur, Member Sampai Tak Sedar Rumah Dah Dimasuki Air

Betul-betul tidur mati ni.

Cover image via @aldi_alfatih57 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Di Malaysia, jika berlakunya musim hujan sudah tentu akan mengakibatkan banjir di beberapa kawasan

Bencana ini telah menyebabkan rumah-rumah penduduk mengalami kerosakan harta benda. Namun, ada yang sudah melakukan persiapan mereka jika tibanya musim hujan lebat di kawasan mereka.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki menunjukkan perangai rakannya yang terlalu lena tidur walaupun rumah dimasuki air mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aldi_alfatih57

akibat tidur terlalu nyenyak sampai tidak tau kalau rumah sudah di genangin air

suara asli - aldi_alfatih57

Tak sedar rumah dah banjir, siap peluk bantal

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki dari negara jiran Indonesia berkongsi kejadian yang berlaku di sekitar kawasan rumahya.

Selepas itu dia membuka pula pintu rumah dan menunjukkan keadaan dalam rumahnya yang dimasuki air akibat banjir.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia sempat menunjukkan perangai rakannya yang 'tidur mati' kerana tidak sedar rumah mereka telah dimasuki air.

Dia kemudian mengejutkan rakannya untuk bangun kerana rumah mereka sudah banjir. Lebih melucukan lagi, reaksi rakannya setelah bangun melihat keadaan rumah mereka seakan tidak percaya.

"Bila dia jumpa tandas dalam mimpi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat perangai rakannya itu. Malah, ada yang siap memberi tanggapan bagaimana pula jika berlakunya kebakaran.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.3M views, 445.6K likes dan 5,822 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sedap betul member tidur, tak lepas bantal peluk dia tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik