"Stup*d Car" - Wanita Luah Rasa Geram Tegur Kereta Untuk Alihkan Parking Tapi Tak Dilayan
Selfish betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi anda yang mempunyai kereta pasti akan memilih untuk memandu sendiri daripada menaiki pengangkutan awam betul tak?
Bukan apa, ia memang lebih memudahkan untuk pergi ke mana saja. Namun, sebagai pengguna kenderaan, kita haruslah juga menjaga tingkah laku ketika di atas jalan raya.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok menunjukkan seorang wanita meluahkan rasa marah kerana sikap seorang pemandu yang mementingkan diri.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kesian tengok ada kereta gigih nak keluar dari parking, beranikan diri tegur pemandu untuk alihkan ke depan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang meluahkan rasa marahnya terhadap seorang pemandu kereta.
Difahamkan, pada awalnya dia baru saja keluar daripada kedai selepas membeli barang. Namun, selepas itu dia ternampak sebuah kereta yang sedaya upaya cuba untuk keluar dari tempat parking kerana telah dihalang oleh sebuah kereta di depannya.
Situasi itu membuatkan wanita berkenaan kasihan melihatnya dan menegur pemandu kereta tersebut untuk mengalihkan keretanya ke depan sedikit untuk memberi laluan.
Tetapi, jawapan pemandu kereta itu sangat mengejutkan dan membuatkan dia merasa marah dan terus beredar dari tempat tersebut.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Yes, selfish people. Patut tarik je driving license" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji tindakan wanita itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 311.8K views, 28.3K likes dan 1,099 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: