seismik

[VIDEO] "Jump Scare" - Anak Suka Sangat Main Telefon, Cara Si Ibu Prank Ini Raih Perhatian

Itulah dik, jangan selalu main ya.

Cover image via @princessaquilla90 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai anak kecil di rumah merupakan tugas yang besar buat para ibu bapa

Iyalah, bukan mudah nak jaga mereka ini. Ada kalanya perlu kesabaran yang tinggi dalam mendidik mereka ke arah lebih baik.

Kanak-kanak kini dilihat sering bermain gajet, disebabkan ini pelbagai cara yang ibu bapa lakukan untuk menghalang mereka.

Situasi itu sama seperti video yang tular ini apabila seorang wanita mendapat idea untuk prank anaknya yang suka bermain telefon telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@princessaquilla90 Asyik nk cartoon je ha kite prank dia #fyp #foryou #prank #tiktok Oh No - Kreepa

Ibu prank buka video hantu dihujung cerita

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu berkongsi anak lelakinya yang sering bermain telefon untuk melihat kartun kegemarannya.

Namun, si ibu timbul idea untuk mengenakan anaknya itu. Pada awalnya dia dilihat melihat kartun tersebut seperti biasa namun, pada akhir video kelihatan wajah menyeramkan muncul.

Situasi itu membuatkan si anak terkejut dan terus meletakkan telefon di dada orang sebelahnya itu.

"Bagus jugak, nanti nak cuba lah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing dan mahu cuba melakukan perkara sama pada anak mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 265.3K views, 27.8K likes dan 299 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Ha, itulah main telefon je lagi kan dah kena prank :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: