[VIDEO] Lama Sangat Tunggu, Gelagat Budak Perempuan Suruh Imam Cepat Sujud Undang Tawa
Aduhai dik, tak menyabar ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Banyak video gelagat dan telatah kanak-kanak kita boleh lihat dikongsi di media sosial
Tidak dinafikan, ia dapat menghiburkan kita. Ada saja perangai mereka yang panjang akal sehingga buatkan kita ketawa.
Sama seperti video yang tular ini apabila gelagat dua orang budak sembahyang berjemaah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sabar nak suruh imam cepat sujud
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang budak sedang bersembahyang berjemaah di bilik mereka. Difahamkan, mereka merupakan adik beradik.
Namun, tidak lama selepas itu budak perempuan itu menyuruh abangnya untuk sujud kerana menunggu agak lama.
Malah, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia berulang-ulang kali membisikkan agar abangnya cepat sujud.
"Nasib imam tak bercakap , kalau tak sekali makmum batal" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat adik beradik itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 654.3K views, 47.9K likes dan 452 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: