seismik

[VIDEO] 'Lokman' Buat Hal, Cara Lelaki Ini Membebel Dekat Kambing Ternakan Jadi Perhatian

Aduh, Lokman kenapa tak dengar cakap.

Cover image via @kambingyanganeh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya kita sering melihat kucing yang selalu 'buat hal' di laman sosial bukan?

Bermacam gelagat dan telatah mereka kita dapat lihat. Tetapi, haiwan peliharaan lain juga ada yang kadangkala boleh menimbulkan pelbagai ragam sebenarnya.

Antaranya seperti dalam video ini yang memaparkan seekor kambing bernama Lokman dimarahi oleh tuannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bantai duduk atas rumput masa 'kawan-kawan' tengah makan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi perangai kambing ternakannya yang bernama Lokman.

Lokman dilihat berada di atas makanan semasa kambing-kambing yang lain sedang makan. Situasi itu membuatkan tuannya naik angin dan terus membebel kepada haiwan tersebut untuk turun.

"Lokman jangan sampai saya beli awak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar bebelan lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 567.3K views, 36.6K likes dan 1,133 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Itulah Lokman, buat hal lagi. Kan tak pasal-pasal kena bebel :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: