seismik

[VIDEO] Merajuk Kena Kurung Dalam Sangkar, Gelagat Anak Monyet Ini Raih Perhatian Netizen

Aloo comel je.

Cover image via @miapikaso_2000 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tentu ramai di sini yang mempunyai haiwan kegemaran masing-masing bukan?

Rata-rata mereka akan memilih haiwan yang jinak dan comel contohnya seperti kucing, ikan dan banyak lagi.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang wanita berkongsi haiwan peliharaannya iaitu anak monyet telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak monyet merajuk, tak mahu keluar sangkar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi gelagat haiwan peliharaannya iaitu anak monyet.

Dia kemudian membuka sangkar untuk membawa haiwan berkenaan untuk keluar. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah anak monyet itu seolah-olah seperti merajuk kerana mungkin dikurung di dalam sangkar.

Malah, wanita itu beberapa kali memujuknya untuk keluar dan meminta maaf padanya. Gelagat anak monyet itu ternyata mendapat perhatian ramai netizen.

"Dahlah kena tinggal, terhantuk kepala pula tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 903.9K views, 42.3K likes dan 528 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai pula awak merajuk ya. Comel betul perangai :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: