[VIDEO] "Jangan Cucuk!" - Gelagat Budak Takut Kena Suntik Vaksin Ini Curi Tumpuan Ramai
Sabar ya dik, sakit sikit je.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, pemberian vaksin kini sudah mula diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun
Program itu ternyata mendapat sambutan ramai yang mahukan anak mereka divaksin demi mengurangkan risiko wabak jangkitan Covid-19.
Sudah tentu, banyak kerenah yang akan dihadapi oleh ibu bapa untuk menenangkan si anak betul tak?
Sama seperti video yang tular ini apabila gelagat seorang budak lelaki takut untuk mendapat suntikan vaksin telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menjerit minta jangan bagi suntik vaksin sebab takut
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di salah sebuah pusat pemberian vaksin untuk menerima suntikannya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dilihat begitu takut dan resah untuk mengambil suntikan itu. Malah, dia juga siap menjerit supaya tidak dicucuk dan menangis kerana ketakutan.
Situasi itu membuatkan petugas kesihatan bertungkus lumus untuk menenangkannya dan akhirnya dia berjaya disuntik.
"Geng anak aku ni, kena cucuk dia punya melalak macam kena potong tangan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat reaksi budak itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 197.9K views, 26.4K likes dan 420 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: