seismik

[VIDEO] "Mampus Aku" - Gelagat Mak Cik Ini Melatah Masa Nak Ambil Vaksin Undang Tawa Ramai

Lawaklah mak cik ni.

Cover image via @ubibakau2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita semua tahu, ramai rakyat Malaysia kini mengambil inisiatif daripada kerajaan untuk mendapatkan vaksin

Program pemberian vaksin mendapat sambutan hangat dan diterima baik dalam masyarakat kita walaupun masih ada segelintir yang tidak mengambilnya.

Ramai orang yang berkongsi perjalanan mereka mengambil vaksin di media sosial sebagai kenangan kelak.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang mak cik mahu mengambil vaksin sambil melatah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak berhenti melatah sepanjang pengambilan proses vaksinasi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di salah sebuah pusat vaksinasi sambil ditemani oleh anak perempuannya.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah wanita itu dilihat tidak berhenti melatah sepanjang proses vaksinasi itu oleh kerana gementar.

"Ui jarum besar mampus aku ni karang", katanya.

Situasi itu membuatkan anaknya dan juga petugas di situ tidak tahan gelak kerana melihat reaksinya yang melatah secara spontan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Hahaha nurse pun sporting layan mak tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mak cik itu melatah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 602.8K views, 36.1K likes dan 1,087 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sampai terbaca doa makan ya mak cik ni. Nasib baik ada anak teman :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: