[VIDEO] Rasa Macam Naik 'Flight', Suara Wanita Di Pusat Vaksinasi Ini Curi Tumpuan Ramai
Rindu nak naik flight.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, program agihan vaksinasi kepada orang ramai sedang dijalankan bagi mengekang penularan wabak Covid-19
Bukan hanya di Malaysia saja program vaksinasi ini dijalankan, tetapi ia telah menjadi kewajipan di seluruh dunia.
Disebabkan itu, kita disarankan untuk mengambil suntikan vaksin kerana ia sedikit sebanyak mampu untuk menjaga badan kita daripada wabak berkenaan.
Bagi yang sudah mendaftar, tentunya anda sudah pun tahu di mana pusat vaksinasi yang anda perlu datang untuk mendapatkannya.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila suara sukarelawan seorang wanita di pusat vaksinasi mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Datang nak ambil vaksin, tapi suara sukarelawan pula jadi perhatian
Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan sukarelawan di pusat vaksinasi itu sedang membuat announcement kepada orang yang hadir di situ.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah suara wanita tersebut yang sama seperti seorang pramugari di dalam kapal terbang.
Rupa-rupanya difahamkan kebanyakan sukarelawan di IDCC Shah Alam itu merupakan kabin krew daripada syarikat penerbangan Air Asia dan juga Malaysia Airlines.
Lihat antara video lain itu di bawah:
"IDCC best, parking senang, announcer macam kat airport, dapat sekotak produk Nestle lagi" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi komen mereka mengenai kerinduan menaiki kapal terbang. Ada juga yang memuji kesedapan suara wanita itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 311.1K views,10K retweets dan 16.3K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter: