seismik

Budak Ini Seronok Borak Dengan Orang ‘Random’ Secara Online, Ending Video Pula Bikin Dekah

Plot twist!

Cover image via @liljimbit (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Peredaran teknologi zaman sekarang telah banyak berubah berbanding dulu

Jika dulu sangat susah untuk berhubung dengan orang yang jauh, tetapi sekarang semuanya di hujung jari saja.

Telefon bimbit pula semakin lama semakin canggih, jadi tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegilaan dan rebutan anak-anak muda sekarang. Malah, terdapat juga beberapa website yang membolehkan kita berhubung dengan orang dari serata dunia.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang budak lelaki seronok berborak dengan orang tidak dikenalinya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Teruja lihat lukisan wajah sendiri tapi lain pula yang jadi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang membuat panggilan video call dengan orang yang tidak dikenalinya di sebuah website.

Orang itu kemudian melukis wajah budak lelaki berkenaan di dalam sebuah buku nota miliknya dengan menggunakan marker pen. Keterujaan itu juga dapat dilihat daripada budak lelaki tersebut yang memuji hasil lukisannya.

Sebaik saja orang itu siap melukis, dia kemudian menutup buku itu yang dikenali sebagai death note bermaksud apa-apa tulisan atau lukisan di dalam buku nota itu boleh menyebabkan kepada kematian.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah reaksi muka budak itu yang dilihat seperti takut selepas membaca tajuk buku nota terbabit.

Orang itu kemudian memintanya untuk melakukan satu tarian jika dia berhajat untuk terus hidup dan ia dengan segera dilakukan oleh budak tersebut. Di akhir video kelihatan budak itu gembira sambil tertawa kerana berjaya untuk hidup.

"Hahaha ingatkan keluar hantu ayo comelnya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu dan memuji kecomelannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 159.1K views, 9,475 retweets dan 10.7K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kelakarlah, reaksi muka dia tu paling win! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: