seismik

[VIDEO] Seronok Dah Sembuh Daripada Covid-19, Aksi Pak Cik Ini Berjoget Curi Tumpuan Ramai

Best rasa bila dah boleh balik rumah kan?

Cover image via @syafiqamshar97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wabak Covid-19 merupakan penyakit yang paling berbahaya pada ketika ini

Di Malaysia saja, ribuan orang telah dijangkiti dan beratus orang telah mati akibat wabak ini. Umum mengetahui, sesiapa saja yang disahkan positif Covid-19 akan dikuarantin di tempat yang telah disediakan oleh kerajaan.

Malah, tempat-tempat itu juga dilihat semakin sesak dan penuh kerana ramai orang yang dijangkiti. Macam-macam perangai manusia juga boleh dilihat di sana melalui perkongsian di sosial media.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki warga emas berjoget di depan pusat kuarantin mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lega dah sembuh dari Covid-19, tak sabar nak balik rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pak cik sedang sibuk berurusan dengan petugas kesihatan untuk discharge daripada pusat kuarantin tersebut.

Sebaik saja selesai berurusan dengan petugas kesiahatn itu, pak cik berkenaan dilihat kelihatan sangat gembira kerana telah sembuh daripada wabak berbahaya itu.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah apabila pak cik itu siap berjoget di depan pusat kuarantin dan dilihat oleh beberapa orang yang berada di sana. Malah, dia juga siap melambai tangannya sambil rakan yang lain bersorak untuknya. Gelagat pak cik itu ternyata menghiburkan dan sangat tidak disangka.

"Aku bangga pula tengok pak cik ni dah bebas Covid-19, tahniah ya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa gembira untuk pak cik itu kerana dia sudah sembuh daripada wabak maut itu.

Malah, ramai juga yang mendoakan agar pesakit lain di situ cepat-cepat sembuh dan boleh pulang ke pangkuan keluarga mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 202.6K views, 17.3K likes dan 698 comments di TikTok.

Berikut adalah komen daripada netizen di TikTok:

Alahai comel je pak cik tu, mesti dah tak sabar nak jumpa family :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: