seismik

[VIDEO] "Penangan BTS" - Lelaki Kongsi Kesan Sampingan Lepas Cuba Set Makanan ini

Auto bertukar!

Cover image via @azminzainal_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, baru-baru ini restoran makanan segera terkenal iaitu McDonald's telah mengeluarkan set makanan kolaborasi bersama kumpulan bintang K-pop popular, BTS

Ternyata kolaborasi tersebut telah mencetuskan fenomena, tambahan lagi bagi peminat tegar kumpulan popular itu yang dikenali sebagai Army.

Ramai yang telah berkongsi keterujaan mereka mendapatkan BTS Meal itu di media sosial dengan pelbagai reaksi.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki mencuba BTS Meal telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Muka terus berubah jadi lain lepas makan BTS Meal

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki telah berjaya mendapatkan BTS Meal berkenaan. Dia kemudian berkongsi reaksinya ketika mencuba makanan itu.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja dia makan BTS Meal itu, kelihatan raut wajahnya berubah 360 darjah.

Perubahan wajahnya itu saling tidak tumpah seperti seorang lelaki Korea yang putih dan kacak atau pun sering dipanggil 'oppa'. Ianya seolah-olah hasil kesan sampingan daripada set makanan tersebut.

"Now everyone can be oppa" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perubahan wajah lelaki tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi keterujaan mereka untuk mendapatkan BTS Meal itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.9M views, 490.6K likes dan 18.7K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hebat betul BTS meal ni, terus boleh berubah wajah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: