seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Kena Usik Rakan Masa Buat Kerja, Habis Satu Muka Dilumur Minyak Hitam

Alamak, habis muka dia.

Cover image via @ecam33 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai kawan yang kuat melatah sememangnya dapat menghiburkan hati kita

Tambahan lagi dengan gelagat mereka yang tiba-tiba secara spontan melatah kerana terkejut akan sesuatu perkara.

Tetapi, ada kalanya orang yang kuat melatah ini boleh melakukan perkara yang berbahaya tanpa disedarinya. Sebab itu kita perlu berhati-hati dengan kelakuan mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat seorang lelaki yang kuat melatah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus lumur minyak hitam dekat muka lepas diusik rakan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang melakukan kerjanya dengan membaiki lori di sebuah bengkel. Dia juga menunjukkan tangannya yang kotor kerana terkena minyak hitam kepada rakannya.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah secara tiba-tiba dia diusik oleh rakannya itu menyebabkan dia melatah dan terus melumurkan minyak hitam di mukanya.

Sebaik saja dia sedar, dia terus mengelap semula mukanya itu pada baju yang dipakai. Reaksi spontan tersebut membuatkan rakannya itu tergelak sambil dimarahi oleh lelaki berkenaan.

"Kesian dia, kacau lah lagi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, ramai yang memujinya sebagai seorang yang penyabar dan sempoi melayan karenah rakannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 168.6K likes dan 4,869 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai kesian member, habis satu muka dia lumur tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik