"Berdrama Sungguh" - Cikgu Kongsi Perangai Budak Tahun 1 Kena Vaksin Ini Undang Tawa Ramai
Macam-macam perangai dik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun
Program tersebut ternyata mendapat sambutan yang mengalakkan daripada ibu bapa. Mereka tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan anak masing-masing bagi mengurangi risiko jangkitan wabak berkenaan.
Tetapi, lain pula yang terjadi dengan video ini apabila seorang cikgu sekolah berkongsi gelagat anak muridnya selepas menerima vaksin telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tunjuk dekat cikgu kesan-kesan lepas kena suntik
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang cikgu perempuan berkongsi kisah lucu ketika dia sedang berada di dalam kelas murid tahun satunya.
Difahamkan, mereka semua baru menerima suntikan vaksin. Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila murid-muridnya berkongsi apa yang mereka rasai selepas menerima suntikan tersebut.
Ada yang tiba-tiba rasa tangan tak boleh bergerak, ada yang jalan seperti robot dan macam-macam lagi. Situasi itu membuatkan si cikgu pening kepala dan melayankan saja kerenah anak muridnya itu.
"Perangai betullah budak-budak ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat murid-murid tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 297.5K likes dan 6,966 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: