[VIDEO] Tak Jadi Turun Ambil, Ibu Tergelak Tengok Anak Bantai Pakai 'Topeng' Balik Sekolah
Boleh pula dia keluar pakai tu ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi ibu bapa, pasti banyak ragam dan telatah yang mereka boleh lihat apabila anak-anak semakin membesar
Jika di sekolah banyak subjek menarik yang mereka akan pelajari, antaranya subjek Pendidikan Seni. Subjek ini banyak menggunakan kreativiti untuk melakukan sesuatu.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang ibu berkongsi perangai anaknya yang memakai topeng selepas pulang dari sekolah telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Semangat pakai topeng hasil buatan sendiri
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi situasi semasa dia ingin mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Namun, si ibu tidak jadi turun mengambil anaknya selepas melihat kanak-kanak itu memakai topeng sebaik saja keluar dari perkarangan sekolah.
Situasi itu membuatkan si ibu tergelak melihatnya. Difahamkan, itu adalah topeng hasil buatan anaknya sendiri melalui subjek Pendidikan Seni.
"Dia bangga nak tunjuk kat mama hasil kerja dia tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 175.6K views, 7,405 likes dan 379 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: