seismik

[VIDEO] Cikgu Pening Lihat Anak Murid Nak Pakai Tudung Sendiri, Hasilnya Pula Menghiburkan

Aduhai dik!

Cover image via @nuratikahshah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pekerjaan sebagai guru bukanlah perkara yang mudah kerana anda perlu banyak bersabar dengan pelbagai kerenah anak murid

Tambahan lagi jika anak murid itu agak sedikit nakal berbanding yang lain. Memang kadangkala pening kepala dibuatnya, tetapi merekalah penghibur hati buat guru-guru.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila gelagat seorang budak perempuan di sekolah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nak cuba pakai tudung sendiri sampai senget

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga seorang guru sedang berada di tadika yang diajarnya.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia menunjukkan gelagat salah seorang anak muridnya yang tidak mahu dibetulkan tudung yang dipakainya.

Apa yang lebih melucukan adalah tudung kanak-kanak itu dilihat senget benget, tetapi dia tidak menghiraukannya kerana dia mahu memakainya sendiri.

"Dia jenis berdikari semua nak buat sendiri tapi kelakar" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 511.2K views, 42.8K likes dan 2,051 comments di TikTok.

Berdikari betul ya dik, tu yang tudung pun sampai salah pakai :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: