seismik

Wartawan Baru Nak Tunjuk Kecanggihan Robot Kedai Makan, Sekali Dia Pula Buat Hal Masa Live

Alamak, potong line!

Cover image via @nazrizz.nasir (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di antara anda di sini yang pernah melihat robot menghantar makanan di restoran bukan?

Ia merupakan satu kecanggihan baru dalam sistem kedai dan lebih memudahkan pekerja terutamanya bila kedai makan itu dipenuhi ramai orang. Sampai tidak cukup tangan dibuatnya.

Sebab itulah adanya robot ini untuk memudahkan kerja. Tetapi, tidak semua kedai makan mempunyai kecanggihan ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila sebuah robot tiba-tiba 'buat hal' semasa wartawan sedang bersiaran langsung telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nazrizz.nasir Sedangkan manusia membuat kesilapan, inikan pula Robot! #RobotFailure #Robot #RobotMamak #NazrizzTikTok original sound - Nazrizz Nasir

Tiba-tiba rosak masa wartawan tengah tunjuk siaran langsung

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wartawan sedang membuat liputan siarang langsung di salah sebuah kedai makan mamak.

Difahamkan, tujuannya adalah ingin menunjukkan kecanggihan robot yang boleh menghantar makanan di meja-meja pelanggan.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah sedang asyik membuat liputan tiba-tiba robot itu berhenti di depannya dan mengalami masalah. Situasi itu membuatkan dia terkedu seketika dan pekerja kedai terpaksa mematikannya buat seketika.

"Robot tu terkejut bang ada camera dekat depan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 93.8K views, 4,650 likes dan 223 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, orang semua tengah syok tengok dia, dia pula buat hal :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: