seismik

[VIDEO] "Masa Order Tak Fikir" - Lelaki Terpaksa Tahan Malu Lepas Ramai Usha Roti Tisunya

Order roti ni memang kena muka tebal sikit.

Cover image via @intan_noi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kedai mamak merupakan antara kedai yang paling ramai didatangi pelanggan kerana banyak pilihan

Malah, ramai yang sanggup lepak di kedai mamak semata-mata untuk bersembang dengan rakan-rakan mereka kerana perkhidmatan mereka dibuka sehingga lewat pagi.

Tambahan lagi bila bercakap tentang roti canai dan teh tarik, pasti mamak yang terlintas dalam fikiran betul tak?

Namun, lain pula dengan video situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki ini apabila dia terpaksa menahan malu sebaik saja roti tisu miliknya sampai telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Masa pesan tak terfikir roti akan setinggi itu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi semasa dia sedang berada di salah sebuah restoran mamak.

Dia memesan roti tisu itu bersama dengan seorang rakan atau ahli keluarganya lain. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sebaik saja roti tisu itu sampai, dia tergamam seketika kerana melihat ketinggiannya.

Malah, dia terpaksa menahan malu kerana ada beberapa orang di meja sebelah memandang roti tisunya itu.

"Kalau aku pun malu nak makan, tak tahu sebab apa" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pengalaman sama mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 731.7K views, 46.2K likes dan 1,614 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Auto segan terus nak makan roti ni depan orang kan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: