seismik

[VIDEO] Minta Sos Lebih Untuk Nasi Goreng Pataya, Tapi Lain Pula Yang Jadi Bila Sampai

Alamak oi.

Cover image via @acabjer (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak kita boleh lihat sekarang pelbagai aplikasi yang memudahkan kehidupan seharian kita

Contohnya seperti penghantaran makanan dan barangan rumah. Semuanya kini lebih menjimatkan masa berbanding kita keluar membeli.

Namun, lain pula dengan video yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila permintaannya untuk menambah sos lebih telah mengundang perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut lihat makanan dilimpahi dengan banyak sos

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi makanannya sebaik saja dia memesan dari salah sebuah kedai.

Dia memesan nasi goreng pataya dan meminta agar tukang masak tersebut untuk meletakkan sos sedikit lebih.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sebaik saja dia buka dia terkejut melihat sos yang habis menutupi keseluruhan nasinya itu.

"Weh hahahaha dia dendam ke dengan sos tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 205.4K views, 18.7K likes dan 1,050 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ni dah jadi nasi goreng sos ni. Banyak betul dia letak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: