Siap Bagi Bekas Avengers, Lelaki Hargai Lauk Dibekal Isteri Walaupun 'Diperli' Rakan
Comel bang!
Alam rumah tangga sememangnya berbeza dengan zaman semasa bujang dulu
Pada fasa ini, anda perlulah lebih bertanggungjawab dan bertolak ansur antara satu sama lain. Sudah tentu banyak cabaran yang akan anda dan pasangan hadapi.
Namun, itu semua adalah perkara biasa. Masakan isteri semestinya menjadi kegemaran para suami bukan? Memang ada kalanya rasa nak makan masakan isteri hari-hari.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang lelaki menunjukkan perbezaan di antara bujang vs berkahwin semasa waktu makan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tunjuk perbezaan makanan bujang dan yang sudah berkahwin
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berada di sebuah kedai makan semasa waktu rehat kerja.
Namun, salah seorangnya menunjukkan perbezaan antara lelaki bujang dan yang sudah berkahwin. Dilihat lelaki bujang membeli makanan, manakala lelaki yang sudah berkahwin pula membawa bekal ke kedai.
Malah, dia siap menunjukkan bekas comel yang dibekal isteri masing-masing iaitu bekas aiskrim dan juga gambar Avengers.
"Sweet gila makan bekal wife. Tahniah wife dia rajin sediakan bekal" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 128.8K likes dan 4,977 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!