"Letih Sangat Kot" - Suara Gadis Tunjuk Cara Nak Masak Maggi Ini Undang Reaksi Ramai
Akak tidur la dulu.
Banyak kita boleh lihat hari ini di media sosial ramai yang menunjukkan konten pelbagai jenis masakan
Malah, kita juga boleh belajar darinya mengikut langkah-langkah yang mudah. Bahan-bahan dan cara masakan perlulah dijelaskan dengan betul supaya pengikut tidak tersalah masak.
Namun, lain pula dengan gadis ini apabila video suara dan cara dia memasak Maggi mengundang reaksi ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tunjuk cara memasak Maggi, tapi suara pula macam 'malas'
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di dapur rumahnya dan menunjukkan bahan-bahan untuk dia memasak Maggi.
Malah, apa yang lebih mencuri perhatian adalah suaranya itu yang kedengaran seperti penat dan 'malas' semasa membuat tutorial.
SItuasi itu membuatkan netizen membuat pelbagai spekulasi mengenai suaranya itu.
"Aku sanggup kuatkan volume rupanya memang macam tu bunyinya" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas mendengarnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 196.7K views, 19.8K likes dan 586 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!