seismik

Jalan Banjir Masa Hari Perkahwinan, Rakan Sanggup Angkat Sendiri Member Pengantin Redah

Sahabat sejati.

Cover image via @hrlnzam30 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita lihat sekarang, banyak tempat yang dinaiki air dek kerana hujan lebat yang melanda negara

Sudah tentu, hujan lebat ini telah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan. Ramai yang tersangkut kerana tidak dapat melalui jalan tersebut.

Namun, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang sanggup mengangkat rakannya ke pelamin telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Jalan tiba-tiba naik air masa hari perkahwinan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi detik di mana air tiba-tiba naik semasa mahu menuju ke sebuah jalan.

Difahamkan, pada hari tersebut adalah hari perkahwinan rakannya. Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah lelaki tersebut dilihat dengan selamba mengangkat rakannya itu dan diletakkan di atas bahu sambil meredah banjir.

Mungkin kerana dia tidak mahu rakannya itu terkena air oleh kerana sudah siap berpakaian pengantin.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Terharunya tengok pengorbanan tukang angkat tu besar pengorbanan dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kegigihan dan kesungguhan rakannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 954.1K views, 117.6K likes dan 607 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kita pun jadi terharu tengok ada rakan yang sanggup buat macam ni. Tahniah bang! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: