seismik

"Terlebih Tenaga" - Pasangan Ini Pasrah Jiran Sebelah Tebuk Dinding Sampai Tembus Rumah

Kuat betul.

Cover image via @desianifitriazman (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hidup di kawasan berjiran adalah amat penting untuk kita menegur antara satu sama lain

Disamping dapat mengenali antara satu sama lain, kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan juga dapat meminta bantuan jika berlaku apa-apa.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita mahupun jiran mengubah suai rumah untuk nampak lebih cantik dan lebih selesa.

Namun, lain pula dengan video ini apabila pasangan suami isteri ini pasrah melihat besi rumah jiran mereka menembusi rumah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Jiran renovate rumah sampai tembus dinding

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu berkongsi kejadian yang berlaku di rumah ketika jiran mereka sedang mengubah suai rumah.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, dapat dilihat rangka besi yang menembusi dinding rumah mereka.

Namun, pasangan suami isteri itu langsung tidak melatah ataupun melenting dengan kejadian itu malah, hanya tertawa melihatnya.

Lihat video sambungan di bawah:

"Orang sebelah rumah nak bagi tahu tu yang dia tengah renovate rumah. Haha sabar ya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kesabaran pasangan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 592.1K views, 11.8K likes dan 381 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, sampai tembus dinding dibuatnya :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: