[VIDEO] Takut Kuda Makan Adik, Gelagat Si Abang Tarik Selamatkan Ini Undang Tawa
Abang dia penyayang.
Mempunyai adik-beradik sememangnya dapat memeriahkan lagi suasana di dalam rumah
Iyalah, jika ada adik-beradik, tidaklah rasa keseorangan saja sebab semua benda boleh dilakukan bersama betul tak? Tetapi, ia semua bergantung kepada rezeki sendiri.
Sudah tentu, hubungan adik-beradik perlu dijaga dengan baik kerana merekalah satu-satunya darah daging yang kita ada. Sebab itu, ada yang sanggup lakukan apa saja demi mempertahankan adik-beradik mereka.
Seperti yang terjadi dalam video ini apabila seorang abang menarik adiknya kerana takut dimakan kuda telah mengundang tawa ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tarik selamatkan adik sebab ingatkan kuda nak makan
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang adik-beradik sedang berada di sebuah kandang kuda.
Namun, si adik kemudian datang menghampiri dekat dengan kuda tersebut. Situasi itu membuatkan si abang dengan pantas menarik adiknya kerana memikirkan yang kuda itu akan memakan si adik.
Perkara itu membuatkan ayah mereka tergelak melihat perangai anaknya kerana menangis takut si adik dimakan kuda.
"Comel je kelakuan abang dia ni, sayang sungguh dengan adik dia" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan memuji sikap si abang.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 34.4K likes dan 726 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!